Terima kasih kepada pihak GrandBrilliance yang sudi menjemput Abang Nara kelmarin untuk Malam Gala Filem Nur Kasih. Buah hati intan payung Abang Nara teruja tak ingat dapat tengok Remy Ishak. Disebabkan bengang mendengar kata-kata pujian terhadap Remy Ishak, Abang Nara pun terpaksalah mengushar Tiz Zaqyah. Balas dendam baliklah kiranya ini.
Tetapi sesungguhnya Remy dan Tiz memang sama cantik dan sama padan. Dan salah satu kekuatan filem Nur Kasih sudah tentu mutu lakonan mereka berdua yang sangat mantap. Nantikan review penuh daripada Abang Nara ye. Untuk lebih info tentang filem ini, boleh follow Twitter GrandBrilliance dan Twitter Nur Kasih The Movie.
Buat masa ini layankan beberapa keping gambar Remy Ishak dan Tiz Zaqyah di Malam Gala Filem Nur Kasih hasil bidikan Abang Budiey.