Vishna Hindu Parishad (VHP) ialah satu badan bukan kerajaan berhaluan kanan di India, dan baru-baru ini telah melancarkan produk kecantikan yang mengandungi dua bahan istimewa, iaitu najis lembu dan gau mutra (air kencing lembu).
Kata pemimpin VHP, Venkatesh Abdeo:
Penggunaan gau mutra dalam ubatan dan produk kecantikan akan mambantu petani dan mengelakkan mereka dari menjual lembu peliharaan. Dalam Ayurveda, najis lembu boleh mencegah jerawat. Tetapi orang ramai tak mahu menggunakan najis, jadi kami hasilkan produk kecantikan najis lembu.
Produk kecantikan VHP termasuk sabun yang dibuat dari gau mutra, aloe vera dan minyak badam, gel mandian dari abu najis lembu serta krim pelembap sarang lebah dan najis lembu yang dimurnikan. Abdeo meyakinkan orang ramai yang produk-produk ini ialah asli, semulajadi dan lebih bagus dari semua produk di pasaran. Dia menambah:
Tak perlu risau tentang bau kerana kami sudah hilangkan hampir keseluruhan bau najis melalui proses khusus.
Najis lembu dan gau mutra dipercayai oleh VHP mampu merevolusikan industri penjagaan kulit, dan ia menyarankan orang ramai untuk melabur kepada produk baru ini, dan meningkatkan populariti bahan yang digunakan sejak turun-temurun itu.
Apa yang menarik, ini bukan kali pertama VHP mengeluarkan produk pelik. Menurut India Times, lima tahun lepas mereka mencuba nasib dalam bidang minuman dengan minuman air kencing lembu yang dibotolkan.