Satu pesawat TransAsia telah terhempas sewaktu melakukan pendaratan kecemasan, menyebabkan 51 orang terbunuh dan tujuh tercedera, seperti dilaporkan oleh satu agensi berita Taiwan.
Laporan itu menyatakan Pentadbiran Penerbangan Awam Taiwan sebagai berkata, penerbangan itu terhempas pada Rabu dengan 54 orang penumpang dan empat krew penerbangan. Ia dioperasikan oleh syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia Airways.
Laporan itu juga memberitahu pesawat itu berkemungkinan besar terhempas dalam percubaan membuat pendaratan cemas di bandar Magong, Penghu, berhampiran pantai barat Taiwan kerana keadaan cuaca ribut.
Penerbangan itu menggunakan kod GE222.