August 16th, 2009

ajai dan liza

Komposer yang penuh dengan kontroversi, Ajai akhirnya telah selamat bernikah dengan Liza atau nama penuhnya Ilyas semalam (Sabtu). Tahniah beribu-ribu lemon kami ucapkan. Akhirnya tamat jugaklah kontroversi percintaan Ajai dengan wanita-wanita lain. Dah kompem dah jadi laki orang.

Liza nampak cantik sangat dengan baju pengantin dia yang sempoi. Ajai macam biasa nampak gak la hensem. Oh ye, wang hantaran dari Ajai buat Liza bernilai RM15 ribu. Orang kata sedang molek la tue. Tak mahal sangat dan taklah murah sangat. Tengah-tengah.

Nampaknya Ajai dah selesai berkahwin sekali lagi. Sekarang nie kita nak tunggu bekas isteri Ajai si Nurul pulak naik pelamin lagi sekali. Cepat-cepatlah ye. Buat Ajai dan Liza, tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga perkahwinan anda berdua berkekalan sehingga akhir hayat.

Lagi gambar sekitar perkahwinan Ajai dan Liza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Jangan Ajai ngan Liza terlupa yang minggu depan dah nak puasa dah. Almaklumlah orang baru kawin. Darah panas lagi. Hati-hati yek.

ajai dan liza

ajai dan liza

ajai dan liza

ajai dan liza

ajai dan liza

ajai dan liza

ajai dan liza

ajai dan liza


Comments are closed.

Loading...