(GAMBAR)Penumpang China Buka Pintu Kecemasan Untuk ‘Turun Dari Pesawat Lebih Cepat’

Trending

(GAMBAR)Penumpang China Buka Pintu Kecemasan Untuk ‘Turun Dari Pesawat Lebih Cepat’

Pengembara China sejak kebelakangan ini sering menimbulkan huru-hara dalam dunia penerbangan. Terdahulu, terdapat kisah mi segera panas berasap dan ancaman bom, kini kes terbaru yang muncul ialah mengenai seorang penumpang yang semberono membuka pintu kecemasan untuk keluar segera dari pesawat.

emergency-slide-flight

Advertisement

Penerbangan China Eastern MY2331 yang tiba di lapangan terbang antarabangsa Sanya Phoenix dari Xi’an pada lebih kurang pukul 9.00 malam 8 Disember, telah mendarat dengan selamat dan sedang cuba memarkir apabila seorang penumpang membuka pintu kecemasan, dan mengeluarkan pelantar luncur udara kecemasan secara automatik.

Soju melaporkan yang penumpang cuai itu memberitahu tidak mendengar arahan keselamatan sebelum berlepas, dan tidak tahu pintu kecemasan tidak boleh dibuka kecuali jika kecemasan berlaku (walaupun jelas sudah dipaparkan ‘pintu kecemasan’).

Xinhua melaporkan yang tindakan penumpang tersebut menyebabkan kerugian bernilai 100, 000 yuan (RM 55, 924.29), kerana pintu kabin perlu diperbaiki dan platform luncur perlu diganti. Ia juga menyebabkan perjalanan balik penerbangan itu yang dijadualkan berlepas 9.50 malam lewat hampir dua jam, dan hanya berlepas pada 11.41 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...