(GAMBAR)Pelajar China Ditikam Rakan Sebilik Kerana Tidak Buang Sampah

Trending

(GAMBAR)Pelajar China Ditikam Rakan Sebilik Kerana Tidak Buang Sampah

Seorang pelajar universiti Beijing hampir mati ditikam rakan sebiliknya kerana gagal membuang sampah keluar bilik.

Pelajar berusia 22 tahun itu seorang mahasiswa Universiti Geely berkata segalanya berada di luar kawalan apabila dia pulang ke asrama untuk makan malam pada 13 November. Rakan sebiliknya meminta dia membuang sampah, tetapi disebabkan lapar, pelajar itu memutuskan untuk makan terlebih dahulu.

Advertisement

trash-stabbing-thumb-640xauto-869283

Disebabkan itu dia dibaling dengan kerusi oleh rakannya sebelum mengambil pisau pemotong buah dan kemudiannya pelajar itu ditikam, menurut portal berita iFeng. Rakan sebiliknya itu kini ditahan polis.

Mangsa kini dirawat di hospital kerana kecederaan pada hati, dan keluarga beliau kini terbeban dengan perbelanjaan pembedahan berjumlah 25, 000 RMB (RM 13, 696.93).

Mereka cuba memohon bantuan dari ibu bapa suspek tetapi nampaknya ibu bapa suspek telah menghilangkan diri setelah memberi mangsa beberapa helai pakaian baru sebagai menebus serangan yang telah dibuat oleh anak mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...