Tidak disangka-sangka, ada kelab yang terdapat di Ampang, Kuala Lumpur begitu berani menganjurkan parti separuh bogel.
Hari ini satu iklan tentang satu parti separuh bogel bakal diadakan di Pool Jalan Ampang bertajuk “Topless Friday Beach Party” menjadi viral di media sosial. Parti itu khabarnya akan diadakan pada 11 April ini, mengenakan caj permukaan RM 35 dan kod pakaian ialah bikini atau seluar pendek (lagi sedikit pakaian lagi baik).
Pengunjung akan dihiburkan dengan mainan lagu beberapa Deejay yang dijemput khas malah terdapat aktiviti pertandingan tarian ‘dirty’ dan minuman ‘punch’ percuma untuk pengunjung wanita.
Orang ramai mengkritik parti yang dianjurkan ini dengan keras dan tidak kurang ada yang menjadikannya bahan lawak.
Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana parti ini telah dibatalkan setelah menerima kritikan dan kutukan hebat orang ramai. Ini disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui laman Twitter beliau.
Tahniah diucapkan kepada orang ramai atas keprihatinan dan aduan yang menyebabkan parti ini dibatalkan. Kalau ada lagi parti sebegini, kita kutuk dan kritik lagi.