(GAMBAR)Parasit Sepanjang Lapan Sentimeter Dibedah Keluar Dari Otak Kanak-kanak

Trending

(GAMBAR)Parasit Sepanjang Lapan Sentimeter Dibedah Keluar Dari Otak Kanak-kanak

Pakar bedah di Hospital Xinhua di Shanghai, China baru-baru ini berjaya mengeluarkan parasit hidup berukuran 8 cm dari otak seorang budak lelaki berusia 11 tahun. Ibu bapanya mengaitkan parasit itu dengan tabiat anak mereka yang sangat gemarkan makanan jalanan di China.

brain-parasite

Advertisement

Budak itu dibawa ke hospital pada 12 November setelah mengalami sawan dan pengsan, menurut jfdaily.com. Ibu bapanya percaya makanan yang tidak bersih atau makanan mentah ialah punca kepada kewujudan parasit itu, kerana anak itu baru-baru ini telah makan barbeku jalanan dan daging ular.

Doktor telah mengenal pasti jangkitan parasit itu sebagai sparganosis, yang boleh muncul dalam badan manusia yang makan katak, ular atau mamalia kecil yang mentah. Ada kalanya ia juga boleh muncul selepas makan daging babi mentah.

Parasit itu masuk ke dalam badan melalui usus dan kadangkala menjangkiti mata, tisu atau otak, dan menyebabkan kerosakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...