(GAMBAR)Misi 14 Tahun Menangkap Gambar ‘Atlas Langit’ Nasa Berjaya Disudahkan

Trending

(GAMBAR)Misi 14 Tahun Menangkap Gambar ‘Atlas Langit’ Nasa Berjaya Disudahkan

Satu teleskop angkasa Nasa yang bernilai £200 juta (RM 1 bilion) telah menyudahkan misi 14 tahunnya – iaitu menenun sebuah ‘Atlas langit’ dari 2.7 juta imej-imej yang menggambarkan keseluruhan angkasa di sekeliling kita. Ia juga mampu menangkap gambar galaksi-galaksi dingin yang bagaikan habuk sehinggalah ke bintang-bintang yang kecil dan jauh. Misi itu yang bernama Wide-field Infrared Survey Explorer atau WISE yang merupakan projek yang bermula pada tahun 1998 telah mencapai sasarannya Khamis lepas.
Setengah bilion bintang boleh dilihat di ‘Atlas’ tersebut, yang ditangkap menggunakan instrumen infra-merah berteknologi tinggi yang tidak dapat dilihat menggunakan teleskop yang biasa.
Misi WISE telah menangkap imej satu letupan supernova yang merangkumi satu galaksi jauh di dalam buruj Cassiopeia. Gelombang itu mengembara dengan laju, lebih kurang 11,000 batu sesaat. Pada masa WISE mengambil gambar ini, gelombang letupan telah bergerak lebih kurang 21 tahun cahaya jauhnya dari poin letupan asal.
Imej WISE menujukkan gugusan bintang Berkeley 59, yang merupakan bintang-bintang yang baru berusia beberapa juta tahun, dan kelihatan seperti bunga mawar kosmik
Komet ‘Siding Spring’ dan ekornya yang juga ditangkap oleh WISE.
Galaksi Andromeda yang maha luas boleh dilihat menggunakan binokular biasa, tetapi anda memerlukan teleskop bernilai RM 1 bilion untuk menghasilkan gambar seperti ini.

Sumber.

Advertisement

***

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...