Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(GAMBAR)Michelle Yeoh Terima Penghargaan Tertinggi Dari Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy

Aktres kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh telah dianugerahkan Legion of Honour secara rasmi, penghargaan tertinggi dari negara Perancis. Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di kediaman rasminya di Elysee Palace, di Paris Rabu lepas, menurut kenyataan kedutaan Malaysia di Paris hari ini.

Advertisement

Turut berada semasa upacara tersebut ialah isteri presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac, isteri bekas presiden  Jacques Chirac serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Semasa upacara, presiden Sarkozy telah menyampaikan anugerah kepada 11 personaliti dari bidang seni dan hiburan dengan anugerah Legion of Honour atau The Order of Merit.

Di samping Michelle, komposer Jean-Michel Barre dan pereka Jean-Claude Jitrois juga menerima anugerah Legion of Honour.

Kenyataan itu menyebut, Legion of Honour adalah penghargaan tertinggi di Perancis, manakala order, yang melibatkan pangkat yang berbeza, diberikan kepada lelaki atau wanita, rakyat Perancis atau rakyat asing kerana berkhidmat untuk negara Perancis  atau berusaha untuk mencapai objektif yang mendapat sokongan negara Perancis.

Laporan asal BERNAMA, Kredit gambar Kedutaan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Madan

    March 16, 2012 at 9:54 pm

    satu-satunya pelakon aksi wanita tersohor di dunia…mmg minat dgn lakonan Michlee dlm filem2 aksi..sgt menonjol..

  2. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    March 16, 2012 at 9:35 pm

    tk minat…!! satu macam punye malas pulak nk komen huh !! bwek !!

    • sakit mata tengok computer 24 jam

      March 16, 2012 at 11:19 pm

      tak minat jangan komen. buang masa aje… si minah jambu ni patut lah suka pasah..kaki cari publisiti murahan…

      back to the topic… aku pun suka michelle ni..terutama dalam filem aksi.. best giler… tahniah michelle.. :)

  3. Resepi Masakan Enak

    March 16, 2012 at 6:38 pm

    waahh..tahniah..:D

  4. DATUKs

    March 16, 2012 at 6:02 pm

    tu yg pendek sebelah tuh laki die kan?

  5. sham

    March 16, 2012 at 3:47 pm

    fuiyoo.. dia buat idong..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top