March 16th, 2012

Aktres kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh telah dianugerahkan Legion of Honour secara rasmi, penghargaan tertinggi dari negara Perancis. Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di kediaman rasminya di Elysee Palace, di Paris Rabu lepas, menurut kenyataan kedutaan Malaysia di Paris hari ini.

Turut berada semasa upacara tersebut ialah isteri presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac, isteri bekas presiden  Jacques Chirac serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Semasa upacara, presiden Sarkozy telah menyampaikan anugerah kepada 11 personaliti dari bidang seni dan hiburan dengan anugerah Legion of Honour atau The Order of Merit.

Di samping Michelle, komposer Jean-Michel Barre dan pereka Jean-Claude Jitrois juga menerima anugerah Legion of Honour.

Kenyataan itu menyebut, Legion of Honour adalah penghargaan tertinggi di Perancis, manakala order, yang melibatkan pangkat yang berbeza, diberikan kepada lelaki atau wanita, rakyat Perancis atau rakyat asing kerana berkhidmat untuk negara Perancis  atau berusaha untuk mencapai objektif yang mendapat sokongan negara Perancis.

Laporan asal BERNAMA, Kredit gambar Kedutaan Malaysia.


17 responses to “(GAMBAR)Michelle Yeoh Terima Penghargaan Tertinggi Dari Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy”

  1. syabas!!!!bangga ada anak malaysia yang berjaya di luar

  2. Naziman says:

    Datuk Michelle Yeoh terbaik..

  3. Stretch n pull says:

    uhuuu… dia buat mata !!! takes 15 yrs off

Loading...