(GAMBAR)Mayat Suspek Kelar Leher Kanak-kanak Di Tebing Sungai Klang Ditemui

Trending

(GAMBAR)Mayat Suspek Kelar Leher Kanak-kanak Di Tebing Sungai Klang Ditemui

Polis telah menemui mayat lelaki yang dipercayai telah mengelar hingga putus leher seorang kanak-kanak dua tahun setelah operasi mencari selama dua hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandar, Asisten Komisioner Kanan Gan Kong Meng berkata bahawa kereta polis peronda diberitahu oleh orang ramai tentang satu mayat yang terapung di Sungai Klang kira-kira jam 2.30 petang tadi. Dalam satu kenyataan, Gan berkata:-
10314475_750924174968190_2836209016315334665_n

Advertisement

Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kami berjaya mengambil mayat tersebut dari sungai pada pukul 3.00 petang berdekatan Taylor’s University.

SAC Gan berkata suspek ditemui memakai kemeja merah berkotak, seluar biru dan berkaki ayam.

Dia menambah bahawa tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

Mayat itu berpadanan dengan keterangan yang diberikan oleh saksi.

Kami percaya kes ini telah diselesaikan dengan penemuan mayat suspek. Mayat akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Polis akan mengenalpasti identiti suspek melalui cap jari dan mencari motif di sebalik pembunuhan kejam yang dilakukannya.#

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...