Di mata kami, agak kurang sesuai gaya rambut blonde dengan Maya Karin. Tetapi rambut Maya Karin sudah semestinya hak Maya Karin. Suka hatilah dia nak buat apa kan? Lagipun orang secantik Maya Karin, tak kisahlah nak blonde rambut atau nak buat rambut kerinting, kecantikan tetap akan terserlah jua. Tak gitu?
Oh ye, semasa Shout Awards 2010, ada suara-suara yang tidak begitu gembira dengan perlakuan Maya Karin yang berlaga-laga pipi dengan Henry Golding semasa Henry Golding naik ke atas pentas menerima hadiah. Mungkin ramai yang akan berkata kami agak kolot tetapi kami rasa tak perlu rasanya dipaparkan kemesraan anda di depan jutaan rakyat yang menonton. Kalau boleh, coverlah sikit. Kita kan orang Melayu. Penuh dengan adab sopan dan malu. Hehehe
Contoh terbaik ialah semasa Yuna menerima hadiah dari Iyaz. Iyaz pun menghormati budaya kita dan takderlah rakus sangat nak berpeluk atau berlaga pipi dengan Yuna. Dan kalau tak silap kami, Yuna tak berjabat tangan pun dengan Iyaz. Kan molek begitu? Kami tak kisah kalau artis-artis nie nak buat apa di belakang orang ramai. Cuma kalau dah depan TV tue, sila jaga sikit perlakuan anda. Tak gitu?
Lagi gambar Maya Karin di Shout Awards 2010 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Budiey.