Transformasi Rumah Kayu Lama Hanya Dengan Barangan Kedai RM2 Dan MR. DIY

Kehidupan

Transformasi Rumah Kayu Lama Hanya Dengan Barangan Kedai RM2 Dan MR. DIY

Bila sebut sahaja mengenai ubahsuai rumah, perkara pertama yang difikirkan pastinya soal kos yang perlu ditanggung. Sekurang-kurangnya pasti menelan belanja ribuan ringgit bagi mengubahsuai keseluruhan ruang kediaman..

Namun, satu perkongsian di Facebook membuktikan, anda mampu menghias serta mengubahsuai kediaman anda hanya dengan menggunakan barang-barang dari kedai RM2, Mr. DIY dan Shopee.

Advertisement

Amiereo Adipati berkongsi gambar perubahan dan tips ubahsuai rumah yang dikatakan baru disewanya sejak 4 bulan yang lalu, berikutan rumah lamanya sebelum ini telah dibeli oleh seseorang. Memandangkan keadaan rumah itu yang agak teruk, dia membuat keputusan untuk melakukan sedikit perubahan dan menghias kediaman itu.

Lihat sahaja transformasi sebelum dan selepas pengubahsuaian ini.

Advertisement

Selain itu, dia masih mengunakan perabot lamanya seperti sofa dan juga penghawa dingin bagi menjimatkan perbelanjaan. Pasti ramai tidak menyangka, jumlah keseluruhan dalam mengubahsuai rumah ini hanyalah di bawah RM 1,000 sahaja.

hasil hasil“Kami tak kaya, tapi kami ingin hidup selesa”

Setiap ruangan dinding juga dihiasi dengan pelbagai barangan hiasan dan tumbuhan palsu hijau bagi menaikkan seri rumah dan memberikan motif segar.

barang diy barang diy barang diy barang diy

Memang puas hati bila tengok hasil hiasan dan transformasi rumah ini. Perkongsian ini mungkin dapat memberikan anda idea dan inspirasi untuk menghias kediaman anda.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...