(GAMBAR)Lelaki Rusia Mahu Jalani Pembedahan Sambung Kepala Ke Badan Lain

Trending

(GAMBAR)Lelaki Rusia Mahu Jalani Pembedahan Sambung Kepala Ke Badan Lain

Valeri Spiridonov menderita sepanjang hidupnya kerana penyakit Werdnig-Hoffman, sejenis kecelaruan genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah.

Valery-Spiridonov-head-transplantApa yang tragik, penyakit itu menjadi semakin teruk setiap hari, sejak dia didiagnosis menghidap penyakit itu ketika berusia setahun.

Advertisement

Otot saya berhenti berkembang semasa saya kanak-kanak. Disebabkan ini, ia tidak membesar dan tulang rangka menjadi kecut. Otot belakang tak mampu menyokong rangka.

Saya tidak boleh kawal badan saya sekarang. Saya perlukan bantuan setiap hari, setiap saat. Kini saya berusia 30 tahun, walaupun selalunya orang yang menghidap penyakit ini tidak dapat hidup sehingga 20 tahun.

Setelah hidup begitu selama 30 tahun, Spiridinov kini mahu satu peluang untuk mendapatkan badan yang baru, walau apa pun risikonya sebelum dia mati. Jadi apabila dia mendengar tentang kajian transplan kepala oleh Dr. Canavero, dia memutuskan untuk mencuba.

Valery Spiridonov-5-EAST2WEST NEWS, queries Will Stewart 0079859989400.jpg

 

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Panggung Seni Tradisional 2015 membawakan untuk anda Dramatari Klasik India: Spiritual Journey of Aandal pada 24 dan 25…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 19 April 2015

Spiridov menghubungi doktor Itali yang bekerja di Universiti Turin dua tahun lepas setelah membaca mengenai dakwaan perubatan lelaki itu.

Saya tawarkan diri untuk membolehkan operasi ini dibuat. Kami belum pernah bertemu dan hanya berkomunikasi guna e-mel. Sejak dua tahun lepas kami berbincang mengenai idea ini dan merancang pembedahan.

Adakah saya takut? Sudah tentu. Bukan saja ia menakutkan, tetapi menarik. Anda harus faham bahawa saya tak punya banyak pilihan. Jika saya tak mencuba, hidup saya akan menjadi makin menyedihkan. Kesihatan saya semakin buruk tiap tahun.

Canavero memanggil prosedur pembedahan ini ‘HEAVEN’, kependekan bagi ‘head anastomosis venture’. Anastomosis ialah istilah yang digunakan untukk menghubungkan dua anggota badan secara surgikal. Canavero mendakwa sains moden sudah menemui teknik yang mencukupi untuk pembedahan menyambung kepala kepada badan penderma. Ia melibatkan pemotongan kepala pesakit dan penderma menggunakan pisau yang sangat tajam. Kepala pesakit kemudiannya diletakkan pada badan penderma dan disambungkan menggunakan ‘ramuan ajaib’ iaitu sejenis bahan seperti gam dipangggil polyethylene glycol. Gam ini dijangkakan akan menyambungkan saraf tunjang.

Sergio-Cannavero Sergio-Cannavero2

Kemudian, otot dan salur darah akan dijahit dan pesakit diletak dalam keadaan koma selama empat minggu supaya kepala dan badan akan sembuh. Apabila pesakit sedar, dia akan boleh begerak, merasa wajah dan bercakap dalam suara asal. Untuk menghentikan kepada dari ‘menolak’ tubuh baru, dadah immunosuppressant akan digunakan.

Valery Spiridonov-7-EAST2WEST NEWS, queries Will Stewart 0079859989400.jpgKos pembedahan 36 jam ini dianggarkan sebanyak USD 10 juta dan badan baru datang dari penderma yang sudah meninggal dunia. Buat masa ini doktor itu belum berjaya mengumpul dana yang staf seramai 150 orang doktor dan jururawat untuk melakukannya.

Memang kedengaran gila, dan para pengkritik menyifatkan pelan Canavero sebagai ‘fantasi tulen’. Ada doktor mengibaratkan Canavero seperti doktor dari fiksyen Dr. Frankestein kerana mengabaikan ciri saraf tunjang yang sangat kompleks.

Dr. Hunt Batjer, presiden Pesatuan Sains Neurologi Amerika berkata:

Saya harap tiada siapa melalui prosedur sebegitu. Saya takkan benarkan sesiapa lalui prosedur pembedahan itu kerana bagi saya, ada banyak perkara yang lebih teruk dari kematian.


Sumber: Evoke, Oggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    April 26, 2015 at 12:11 pm

    impossible, sambung tangan putus sudah susah ini pula kepala

  2. Pingback: GAMBARLelaki Rusia Mahu Jalani Pembedahan Sambung Kepala Ke Badan Lain | KaKi Borak

Loading...