Seorang model dan pelakon Brazil yang berusia 20 tahun, Celso Santebanes, sudah melakukan empat pembedahan ke atas hidung, dahi dan dagunya, termasuk implan silikon di dada untuk menyerupai teman lelaki Barbie.
Dan kini lelaki yang ‘berkelakuan seperti patung’ itu bakal mengeluarkan patung mainan berasaskan dirinya. Katanya:-
Saya datang ke bandaraya ini untuk menjadi model, tak sangka saya akan mengeluarkan patung saya sendiri.
Saya bayangkan diri menjadi manusia patung, tetapi yang sebaliknya berlaku.
Penggemar patung itu memulakan transformasi dirinya apabila rakan-rakan memberitahu dia kelihatan seperti patung Ken setelah memenangi satu pertandingan peragaan pada usia 16 tahun.
Dia sememangnya membesar dengan obsesi terhadap patung mainan itu, kemudian dia mewujudkan misi bagi dirinya untuk dirinya kelihatan seperti patung Ken.
Malah dia bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan ‘Barbie’ dari Rusia iaitu Valeria Lukyanova.
Satu akhbar Brazil melaporkan yang Celso meletakkan harga sehingga £10,000 (RM 50, 000) untuk kemunculan VIP dan mengatur satu ‘kempen pengiklanan untuk sebuah gedung fesyen terkemuka’.
Dan Celso yang telah menghabiskan £30,000 (RM 150, 000) untuk pembedahan kosmetik sebelum ini memberitahu dia masih belum puas hati dengan penampilannya.
Saya fikir saya hanya 90% seperti apa yang saya mahukan. Saya bercadang untuk lakukan pembedahan tambahan, tapi masih belum pasti dari segi apa. Buat masa ini saya melabur ke gimnasium, kerana Ken gagah sedangkan saya kurus.
Seorang pakar dermatologi selebriti menyatakan secara sinis:
Kita ada kes Pinnochio songsang di sini.
Laporan asal: Dailymail UK