(GAMBAR)Lelaki China Kelar Leher, Kerat Alat Kelamin Anak Kerana Kencing Tilam

Trending

(GAMBAR)Lelaki China Kelar Leher, Kerat Alat Kelamin Anak Kerana Kencing Tilam

Kerana marah, Tang Minghua, 39, dipercayai telah mengelar leher sebelum memotong alat kelamin anaknya yang sudah mati–kerana kencing atas tilam.

Dad-kills-son-for-bed-wetting

Orang kampung berkerumun untuk melihat tempat kejadian.

Isteri Tang meninggalkannya untuk bersama dengan seorang lelaki lain, membawa bersama anak perempuan mereka, kerana suaminya itu enggan bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan minum.

Advertisement

Tang dikatakan berada dalam keadaan tertekan setelah isterinya meninggalkannya manakala anak lelaki mereka, Kao, 9, yang sedih kerana terpaksa tinggal dengan ayahnya, mula kencing di atas tilam kerana rindukan ibunya.

Dalam insiden baru-baru ini, Tang dikatakan hilang kewarasan apabila anak itu kencing atas tilam setelah memberitahu yang dia tidak perlu ke tandas.

Tang dikatakan mengheret anak itu keluar rumah di Zhenxiong yang terlatak di wilayah Yunan, dan menyuruhnya buang air kecil. Apabila Kao tidak melakukan seperti yang diarahkan, Tang yang membawa parang mula menyembelih anak itu, mengerat alat kelaminnya sebelum kembali ke bilik tidur.

Keadaan menjadi kecoh apabila mayat anak itu dilihat oleh jiran dalam keadaan berlumuran darah.

Tang telah ditahan untuk tuduhan membunuh, dan dia dilihat menyalahkan bekas isterinya terhadap apa yang berlaku sewaktu dibawa pergi oleh jiran-jirannya.

Laporan asal: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...