Apabila Mac secara tiba-tiba melompat dari bot kecil milik tuannya sewaktu mereka menyusuri terusan Staffordshire pada tahun 2006, tuannya kecewa kerana menganggap takkan menemui Mac lagi.
Seorang pekerja percetakan yang telah bersara, Stuart Emery, 64, dan isterinya, Maureen, kembali beberapa kali ke Stoke-on-Trent di mana kucing itu menghilangkan diri tetapi tidak nampak kelibatnya lagi.
Sekarang pasangan itu telah bertemu semula dengan kucing hitam milik mereka, selepas enam tahun ia hidup sendiri di bangunan di tepi terusan tersebut.
Dan walaupun selepas enam tahun, Mac masih mengenali tuannya, melompat ke atas riba Mr Emery dan menyondol kepalanya pada tuannya itu.
Kucing peliharaan berusia 18 tahun itu dikutip oleh pekerja kebajikan Iris’s Cats in Need hanya sebelum bangunan di tepi terusan itu dmusnahkan. Mac diimbas dan mempunyai mikrocip pengenalan yang menyatakan tuannya ialah Mr. Emery.
Pusat kebajikan di Stoke-on-Trent itu menulis kepada Mr Emery menyatakan kucing peliharaannya telah dijumpai, tetapi surat itu sampai ke kediaman lamanya di Harlow, Essex.
Surat itu kemudiannya dimajukan ke Little Ouse River, selatan Downham Market, Norfolk, tempat Mr Emery tinggal sekarang.
Mr Emery yang juga memelihara empat ekor anjing, seekor lagi kucing dan burung kakak tua, terus menaiki kereta dan memandu sejauh 135 batu ke Stoke-on-Trent untuk disatukan semula dengan kucingnya. Dia berkata:
Ia menakjubkan. Saya tidak pernah terfikir saya akan melihat Mac lagi.
Kami sentiasa tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepadanya, tetapi bersikap jujur, kami menyangka bahawa ia telah mati selepas ia hilang.
Apabila saya berjalan masuk, ia mengenali saya serta-merta dan melompat ke atas pangkuan saya serta kepalanya menggesel dada saya mesra. Ia emosi yang hebat
Kakitangan di pusat kebajikan agak terkejut yang saya telah memandu 150 batu untuk mendapatkan Mac; tetapi jika ke hujung utara Scotland pun saya akan pergi untuk untuk mendapatkan Mac kembali kerana ia adalah sebahagian dari keluarga saya.
Ia berada dalam kesihatan yang bagus untuk kucing yang berusia 18 tahun dan telah benar-benar naik berat badan sejak ia kembali, tetapi ia tidak kelihatan seperti mahu pergi ke luar lagi – saya rasa ia sudah puas mengembara jauh dari rumah.
Perasaan mendapat Mac kembali memang luar biasa. Rasa macam menang loteri.