Bagaimana, kacak tak kucing-kucing yang dipakaikan tali leher ini? Kalau anda masih ingat tentang entri kami berkenaan Oskar Si Kucing Buta, koleksi tali leher untuk kucing ini dihasilkan oleh tuan Oskar. Mereka telah meniagakan secara online tali-tali leher kucing yang dijahit sendiri ini dan setakat ini sambutan amat menggalakkan. Tuan-tuan kucing dari seluruh dunia yang mengambil gambar kucing mereka memakai talileher ini kemudiannya menghantar gambar kepada tuan Oskar untuk dipaparkan di Fanpagenya.
Hasil jualan tali leher ini ialah untuk pembiayaan Oskar dan Klaus, kedua-duanya merupakan kucing jalanan dan membantu pusat-pusat perlindungan haiwan dari segi kewangan. Lagi banyak gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Fanpage Oskar.