(GAMBAR)Kerana Melawan, Wajah Wanita Ditoreh Penyamun

Trending

(GAMBAR)Kerana Melawan, Wajah Wanita Ditoreh Penyamun

Seorang wanita, Nur Syafiqa Lah, 22, ditoreh di wajah oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di rumah mangsa petang semalam.

Lelaki itu bersama seorang lelaki lain dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan, untuk menyamun. Nur Syafiqah di bawa ke biliknya oleh lelaki tersebut sebelum dipaksa menyerahkan telefon bimbitnya.

Advertisement

eqa
Lelaki itu dipercayai cuba merogol mangsa selepas itu namun dipanggil oleh rakannya keluar bilik. Ketika masuk ke dalam bilik, lelaki itu telah menoreh wajah mangsa dengan pisau.

Suspek kemudiannya keluar dari bilik untuk beredar setelah mengunci Nur Syafiqa, namun melarikan diri setelah mangsa menjerit meminta pertolongan di dalam bilik.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah ibu mangsa, Hat Tema Mat Zin, 58,  dan adik perempuannya, Nur Shafatini, 18, yang sempat menyorok di bawah katil.

Mangsa mengalami luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri.

Nur Shafiqa dan ibunya yang turut cedera dalam kejadian itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Sumber: Ku Lihat Langit Biru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...