Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(GAMBAR)Kenyataan Syella Kamaruddin Tentang Perkahwinannya

Syella Kamaruddin, telah dihubungi oleh laman media GUA tentang perkahwinannya yang berlangsung pada 11-13 November lepas. Khabarnya majlis itu dilangsungkan secara besar-besaran, khemah kenduri saja 17 buah. Walau bagaimana pun, Syella masih enggan menamakan suaminya kepada media atau orang ramai. Ini ialah gambar Syella pada malam berinai yang baru dikeluarkan oleh ArtchanAli.
Syella - Malam Berinai

Memang saya telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini, tetapi majlis pernikahan kami bukan pada Jumaat lepas (11 November). Kami telah bernikah pada bulan September lalu. Gambar-gambar yang tersiar di internet itu adalah gambar-gambar ketika majlis resepsi di rumah ibu bapa saya di Cheras pada 11- 13 Nov lalu. Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.

Saya tidak maklumkan kepada pihak media bukan kerana hendak sembunyikan perkara ini, tetapi saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular. Album baru pun tidak ada. Alih-alih hendak jemput pihak media datang ke majlis perkahwinan. Saya rasa macam tidak kena. Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Bukan ada sebab lain. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua orang adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu.

Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, Saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.

Biarlah orang hendak buat spekulasi. Saya berkahwin bukan kerana harta. Saya sendiri sudah punya wang dan harta berkat beberapa perniagaan yang saya jalankan. Kalau orang masih tidak percaya, apa yang boleh saya buat.

Kami rasa patutlah kita hormati permintaannya itu. Syella memang nampak jelita semasa majlis perkahwinannya dan terima kasih pada Syella kerana gambar-gambar yang cantik dari ArtchanAli Photography, kami sudah mengesyorkan team fotografi tersebut kepada saudara-mara yang bakal berkahwin. Fakta perkahwinan Syella:

1)    Syella enggan mendedahkan nama suami serta gelaran yang diperolehinya selepas berkahwin (Datin, Datin Sri atau Puan Sri) kerana menghormati permintaan VVIP itu.
2)    Syella juga enggan mengulas sama ada dia berkongsi suami atau tidak.
3)    Syella ambil keputusan berkahwin dengan suaminya sekarang ini setelah mendapat petunjuk ketika menunaikan umrah pada April lalu.
4)    Syella menafikan dia berkahwin kerana harta. Jelasnya, dia sudah memiliki kemewahan daripada beberapa perniagaan yang dijalankan.
5)    Dua pasang gaun yang digayakan ketika majlis resepsi itu adalah rekaan Hatta Dolmat dan setiap  satu daripadanya berharga RM60,000.
6)    Pasangan ini telah berbulan madu selama dua minggu di Eropah pada September lalu.
7)    Syella dan suami merancang untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat.

Advertisement

***

Festival Kesenian Rakyat Malaysia akan berlangsung Lumpur pada 18 dan 19 November (Jumaat dan Sabtu) ini di Kuala Lumpur. Program anjuran bersama KPKK dan Kementerian Pelancongan ini bakal mengenengahkan keunikan dan keindahan kesenian tradisional tempatan yang berunsurkan mistikal dan teatrikal. Ia bertujuan memberi pendedahan secara lebih dekat khususnya kepada warga pelancong mengenai keindahan seni tari tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Konsep persembahan yang bakal ditampilkan ialah seni tari berunsur mistikal seperti dabus, kuda kepang, tari piring, bobohizan, berbayuh dan seni teatrikal yang menggabungkan tari, nyanyi dan lakon seperti makyong, randai dan wayang kulit.

Diadakan secara santai dan sederhana, pendekatan festival ini adalah untuk mengetengahkan kesenian yang hampir pupus dan pernah menjadi sumber pengubatan secara rohani. Dilaksanakan di Sungei Wang Plaza, serta pusat komuniti PPRT Batu Muda, Jalan Ipoh dan PPRT Kerinchi, Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput untuk hadir memeriahkan festival ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Cawangan Komunikasi Korporat, JKKN 03-2053 3600.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

202 Comments

  1. Minah tonggeng

    April 28, 2012 at 1:34 pm

    Tolonglah sesiapa beritau lemas aku .siapa suami shella ni.buat org tertanya2.tak baik org buat byk cite.

  2. Lily

    January 18, 2012 at 2:49 pm

    Kawin buat besar2an boley tak de hal. Nanti bercerai masuk suratkhabar berbulan2 tak settle2 sebab harta banyak nak tuntut…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top