(GAMBAR)Kenderaan SUV Terjunam Dari Jambatan Pulau Pinang Berjaya Dinaikkan

Trending

(GAMBAR)Kenderaan SUV Terjunam Dari Jambatan Pulau Pinang Berjaya Dinaikkan

Kenderaan SUV yang terjunam jatuh ke dalam lautan setelah mengalami kemalangan di Jambatan Pulau Pinang telah berjaya dinaikkan, dengan pemandu kenderaan disahkan terbunuh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T.Narenasagaran berkata mayat Moey Yun Penang, 20, yang berada dalam SUV yang dibawa naik dari dasar laut berada dalam keadaan sempurna.

Advertisement

Polis juga mengesan dompet dari seluar mangsa yang mengesahkan identiti.

Kenderaan itu dinaikkan dengan menggunakan bantuan kren.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan SUV terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal pagi Ahad. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...