(GAMBAR)Kek Cawan Termahal Di Dunia Bernilai RM 2, 864.70

Trending

(GAMBAR)Kek Cawan Termahal Di Dunia Bernilai RM 2, 864.70

Satu bakeri di Toronto, Kanada telah berjaya menjual sebiji kek cawan pada harga RM 2, 864.70, menjadikan ia kek cawan termahal di dunia.

1408006412212_Image_galleryImage_MANDATORY_BYLINE_LE_DOLCI

Advertisement

Kek cawan itu ditempah oleh seorang pelanggan untuk sambutan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke 40.

Walaupun bersaiz kecil, pencuci mulut gourmet itu dipenuhi bahan mewah termasuk beer artisan dan serbuk berlian. Hidangan mahal itu turut menggunakan garam laut dari Carmargue di Perancis, kacang vanila Tahiti dan serbuk koko Valhrona.

Aising coklat yang melengkapkan kek cawan itu dibuat dari mentega yang dihasilkan khas di Normandi, dicampurkan dengan 70% coklat Itali iaitu Amedei dan diperisakan dengan Jamaican Blue Mountain Coffee, antara kopi terbaik di dunia.

The cupcake includes a pipette of Cognac

Kek cawan itu diletakkan dalam cawan buatan tangan yang boleh dimakan, dihias dengan mutiara yang boleh dimakan, serta ditabur dengan serbuk emas 24 karat.

Ia juga dihias dengan dahan emas lengkap dengan daun, bunga emas, dan gula berlian yang semuanya boleh dimakan.

Bagaimana dengan anda. Sanggup bayar sebanyak itu untuk kek cawan? Ah, kami tau apa pendapat anda. Baik beli handphone baru, ya tak?

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...