(GAMBAR)Katak Kerbau Afrika Yang Menggerunkan

Trending

(GAMBAR)Katak Kerbau Afrika Yang Menggerunkan

Tikus ini bernasib buruk kerana bertemu katak gergasi ini yang dipanggil African bull frog, atau kalau kami terjemah secara literal, “Katak Kerbau Afrika”.

Advertisement

Katak ini kelihatan seperti berjerawat dan urat-urat pula timbul, dan tampaknya ia kelihatan seperti ia sukakan sesuatu yang sedap, seperti tikus yang cuba untuk melepaskan diri untuk terus hidup. Katak jenis ini ialah jenis amfibia karnivor, boleh melompat setinggi 12 kaki dan memiliki gigi-gigi terkeluar yang dipanggil Odontoid, yang khabarnya seperti kaca-kaca pecah apabila katak tersebut mengatupkan mulutnya.

Dan Garrick, seorang pakar pemberi makanan binatang dari Zoo Newquay berkata, mereka ialah haiwan pemangsa yang menanti sahaja haiwan lain untuk lalu di hadapan mereka. Kemudian mereka akan melompat kepada apa sahaja yang bergerak ke arah mereka, seperti tikus di atas. Tikus itu akan mati kelemasan atau mati terkejut sebelum ditelan.

Katak Kerbau Afrika ini dipanggil Pyxicephalus adspersus dalam bahasa Latin, memangsakan  serangga, tikus dan burung juga diketahui seperti kanibal, akan menyerang dan makan katak-katak yang lain.

Khabarnya juga, katak ini boleh mencecah berat dua kilogram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...