Gambarkan Neelofa Sebagai ‘Orang Suci’, Kenyataan Pempengaruh Ini Dikecam Ramai – “Jangan Taksub, Mereka Hanya Manusia Biasa”

Hiburan

Gambarkan Neelofa Sebagai ‘Orang Suci’, Kenyataan Pempengaruh Ini Dikecam Ramai – “Jangan Taksub, Mereka Hanya Manusia Biasa”

Perkongsian pempengaruh media sosial, Saby Rose, di Threads mencuri perhatian ramai selepas dia menggambarkan usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, sebagai “orang suci”. Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat istilah itu kurang sesuai digunakan.

Saby menyatakan rasa terharu kerana berpeluang duduk bersebelahan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, ketika menghadiri program Aku Perlukan Mu, Ya Rabb, Aku Penat pada Sabtu lalu.

Advertisement

Dalam perkongsiannya, Saby menulis:

Neelofa saby rose

Namun, penggunaan frasa “orang suci” membuatkan ramai netizen tampil menegur. Menurut mereka, istilah tersebut hanya layak disandarkan kepada golongan tertentu dan tidak sesuai digunakan untuk merujuk seseorang secara umum.

Antara komen yang ditinggalkan:

 neelofa

Berikutan teguran itu, Saby tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya. Menurutnya, istilah “suci” yang digunakan merujuk kepada bersih hati, bukannya maksud melampau seperti yang difahami sebahagian netizen.

saby rose

Korang chatgpt, maksud suci banyak. Kita cakap ‘suci’ kita maksud orang yang bersih hati. Kita doakan saja semua orang hati yang bersih, baik hati.

Kita letak ketepi segala keburukan. Maaflah salah kata.

Perkara itu masih menjadi perbincangan hangat di media sosial, dengan sebahagian netizen meminta agar penggunaan istilah berkaitan agama lebih berhati-hati, manakala segelintir lagi mempertahankan Saby yang dianggap hanya menyampaikan rasa kagum dan inspirasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nurin Alisa
2025-11-16 13:10:44

"Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz" - Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...