Undang-undang keselamatan makanan yang tidak efektif di China menyebabkan ada rakyatnya yang mengambil kesempatan membuat makanan palsu untuk mengaut untung lebih. Bukan saja meniru produk keluaran pelbagai syarikat, yang lebih menarik makanan ciptaan tuhan pun hendak ditiru, tetapi sudah tentu hasilnya tak sama kualiti dengan makanan ciptaan tuhan.
Walnut Palsu
Kacang walnut yang sebenar dikeluarkan dari kelongsongnya, dan digantikan dengan ketulan konkrit kecil dan kemudian kelongsong tadi digam kemas. Untuk menyempurnakan ‘ilusi kacang’ ini, konkrit tadi dibalut dengan kertas.
Madu Lebah Palsu
Madu lebah palsu ini mula dikesan pada produk madu yang dilabel secara palsu dan dihantar melalui India ke Amerika Syarikat. Ia ialah hasil mencampurkan air gula, pemanis malt, sirap beras atau jagung, gula tidak ditapis dan pengawet yang lain dengan hanya sedikit kandungan madu lebah asli.
Daging Lembu Palsu
Membuat daging lembu dari daging ayam dan daging babi kemudian meletakkan harga paling mahal sering berlaku di China. Nak membuat daging lembu palsu ini pun tidak sukar, hanya memerapkan daging ayam atau babi tadi dengan sedikit ekstrak daging lembu gred tinggi dan ejen penyadur selama 90 minit. Campuran ‘bahan perap’ ini sangat berbahaya. Ia didapati boleh meracun organ manusia secara perlahan, menghasilkan kecacatan dan juga mungkin kanser.
Beras Palsu
Pihak berkuasa Singapura telah melaporkan terdapat beberapa syarikat di China yang menghasilkan beras dari plastik resin, kentang dan keledek. Dalam keadaan mentah, beras palsu ini kelihatan asli, tetapi apabila dimasak, ia akan menjadi keras dan liat. Makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama kadar dengan makan sehelai beg plastik, kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina Singapura.
Telur Faux
Telur buatan manusia dihasilkan dari bahan kimia, asid alginik, potassium, kalium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air, dijual seolah ianya telur asli. Ianya direbus dalam air kencing budak lelaki dan kulit telur pula dibuat dari kapur. Tambah merosakkan, cara membuat telur palsu ini boleh didapati dari pelbagai laman sesawang. Adalah dikatakan yang telur buatan manusia ini nampak seperti telur asli, tetapi apabila dimasak, kuning telur akan melantun. Makan makanan tiruan yang menjijikkan ini secara berterusan boleh mengakibatkan amnesia dan kemurungan.
Pau Kitar Semula
Pau yang telah basi tetapi dipakejkan semula untuk dijual ialah satu lagi masalah di China. Sesetengah kedai barangan keperluan harian dikatakan menghantar kembali pau yang tidak laku kepada pembuatnya: syarikat makanan Shanghai Shenglu, di mana pau basi tadi dimasukkan dalam campuran air, tepung dan pewarna kuning yang tidak diluluskan bersama pemanis tiruan. Pau tadi kemudian dibungkus dan dijual semula. Tindakan undang-undang telah diambil kepada pengarah syarikat tersebut oleh kerajaan China dan 30,000 unit pau basi mereka telah dikeluarkan dari semua rak-rak kedai.
Lepas ini apa pula, ayam palsu kot? Hehe.
Qhaiyra
April 25, 2012 at 12:54 pm
ntahnye.. geram plak tgk kelaku dorg nih… byk sgt nk ngubah ciptaan tuhan..
anti china,love russia.hehehe
March 12, 2012 at 2:17 pm
org china ni,klu bab2 ciplak,xde sape dlm dunia ni leh buat.org jepun punye otak bgeliga tu pon x reti wat benda camni. Sepatutnye,semua negara x yah beli brg dr dorg sbb nye dorg ni umpama virus misteri.ingat lg x kes susu formula dulu tu? Sepatutnye seluruh negara d dunia ni kene amik iktibar drp kelakuan keji dorg.agak2 ler klu nak menipu.x yah le sampai nak bunuh org.mangkuk hayun tol org china nie