(GAMBAR)Hospital Swasta Dikecam Kerana Enggan Terima Pesakit Yang Mungkin Tidak Mampu Membayar Bil

Trending

(GAMBAR)Hospital Swasta Dikecam Kerana Enggan Terima Pesakit Yang Mungkin Tidak Mampu Membayar Bil

Sukar dipercayai apabila seorang seorang jururawat di sebuah hospital swasta menolak untuk memberi rawatan kecemasan kepada satu keluarga yang terlibat dalam kemalangan.

Menurut pengguna Facebook, Thomas Loh, dia sedang melalui Jalan Pedada di Sibu, Sarawak apabila terserempak dengan satu pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka terbaring di bahu jalan dalam keadaan tercedera akibat kemalangan.

Advertisement

eksidenkuch

Thomas segera ke hospital berdekatan yang merupakan sebuah hospital swasta untuk meminta bantuan, bagaimanapun permintaan Thomas ditolak mentah-mentah oleh seorang jururawat hospital itu kerana mereka risau tidak mendapat bayaran selepas memberi rawatan kepada pesakit.

5319_10154389017030367_6060601280391658691_n

Cerita Thomas, jururawat itu memberitahu yang Thomas ialah orang ketiga hari itu yang datang meminta rawatan diberikan kepada tiga beranak tersebut. Jururawat itu berkata:-

Siapa yang akan membayar bil rawatan ketiga-tiga mangsa jika mereka tidak mampu membuat bayaran selepas menerima rawatan?

Jururawat itu mendakwa tanggungjawab merawat mangsa-mangsa itu ialah kepada hospital kerajaan.

Thomas turut mengecam pihak hospital itu melalui status Facebooknya kerana menunjukkan sikap lebih mementingkan wang dari sifat kemanusiaan.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa selepas itu. Besar kemungkinan ambulans telah membawa mereka ke hospital yang tidak bersifat kapitalis untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun sikap jururawat tersebut memang mengejutkan. Apa pendapat anda?

Laporan asal: Siakap Keli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...