(GAMBAR)Hublot Hasilkan Jam Tangan Termahal Di Dunia

Trending

(GAMBAR)Hublot Hasilkan Jam Tangan Termahal Di Dunia

Pengeluar jam tangan Swiss iaitu Hublot Rabu lepas telah mendedahkan apa yang dipercayai jam tangan paling mahal di dunia. Jam tangan terbaru itu dengan tag harga RM 15 juta, menyinar dengan jumlah berlian seberat 140 karat yang ditatahkan antara emas putih. Terdapat 1,292 butir berlian pada jam tersebut, dengan enam butir daripadanya mempunyai berat lebih dari tiga karat setiap satu.

Berlian memenuhi keseluruhan muka jam dan juga tali jam, menyerlahkan imej lebih sebagai barang kemas daripada aksesori praktikal.Presiden Hublot, Jean Claude Biver berkata sukar untuk menghasilkan jam lebih mahal dari jam Hublot itu, kerana permukaan jam adalah terhad. Menurut beliau lagi, beberapa individu yang tidak boleh didedahkan telah menunjukkan minat untuk membeli jam tangan mahal itu.

Sumber.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

5 Comments

  1. shilasabrina

    July 12, 2012 at 8:45 pm

    jamyang termahal wow terujamya shila sampai ada jam yg mahal gitu…..?

  2. faeez faster

    March 14, 2012 at 12:08 am

    kalah jam bik mama! HAHA ;D

  3. biarlah...kan?

    March 12, 2012 at 1:57 pm

    jam ni kira ok anytime bleh gadai.aku pernah menonton 1program kat E! News chanel.kat c tu dorg tunjuk benda2 termahal di dunia.ade gak burger harga us$18k sbb mayonisnye d perbuat drp cendawan emas iaitu cendawan yg hanya tumbuh slps lima thn.kopi dr najis musang yg hanya boleh didapati d kepulaan jawa djual dgn harga us$100ribu secawan.makan n minum mahal2,najis kite pastu,leh gadai x? Tp klu dah pangkat millionair,nothing is impossible for them. us$10k same like they spend $10 only.right abg nara??

  4. Norma Jean

    March 12, 2012 at 11:59 am

    RM15 juta:

    1) Beli rumah 2-3 buah
    2) Kereta 1-2 buah
    3) Simpan dalam Tabung Haji, ASB, ASN, ASW
    4) Invest pada hartanah
    5) Derma pada anak-anak yatim dan maahad tahfiz
    6) Oh, zakat tidak dilupakan
    7) Bawak seluruh keluarga pegi umrah (haji kena tunggu turn)

    Fuhhh…byk yg boleh dibuat dgn RM15 juta.

  5. ume

    March 11, 2012 at 6:19 pm

    Kalau pegi ragut jadi jutawan ni. kuikuikui