Pengeluar jam tangan Swiss iaitu Hublot Rabu lepas telah mendedahkan apa yang dipercayai jam tangan paling mahal di dunia. Jam tangan terbaru itu dengan tag harga RM 15 juta, menyinar dengan jumlah berlian seberat 140 karat yang ditatahkan antara emas putih. Terdapat 1,292 butir berlian pada jam tersebut, dengan enam butir daripadanya mempunyai berat lebih dari tiga karat setiap satu.
Berlian memenuhi keseluruhan muka jam dan juga tali jam, menyerlahkan imej lebih sebagai barang kemas daripada aksesori praktikal.Presiden Hublot, Jean Claude Biver berkata sukar untuk menghasilkan jam lebih mahal dari jam Hublot itu, kerana permukaan jam adalah terhad. Menurut beliau lagi, beberapa individu yang tidak boleh didedahkan telah menunjukkan minat untuk membeli jam tangan mahal itu.