Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik.
Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.
Kemaskini 1:Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.
Kemaskini 2: Banda Aceh kembali dilanda gempa susulan beberapa minit yg lalu (sekitar 6.47 PM).
Kemaskini 3: Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) telah menarik balik amaran Tsunami di Malaysia, Thailand, Singapore dan Myanmar pada 7.51 petang.
Keadaan sebuah jalan raya di Banda Aceh.
Keadaan selepas gegaran di Queensbay Mall, Pulau Pinang selepas gegaran pertama.
Lagi beberapa gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Penduduk Phuket bergerak meninggalkan bandar tersebut.
sfhyh
September 17, 2012 at 3:20 pm
kasihan skll rng itu smg tuhan mlndng mrk
cintasemua
May 1, 2012 at 11:10 pm
semoga semua selamat dengan izinNYA….. INSYAALLAH….. AMIN
Homo sapiens
April 12, 2012 at 10:04 am
aku kat phuket bbrp minit sbelum tsunami alert.. time terbang dlm flight balik malaysia gempa bumi tu terjadi.. syukur dpt balik malaysia..kalau tak, habis ler bmlm kat phuket..phuket mmg best..hehe
Zaza Muhammad
April 12, 2012 at 8:35 am
Semoga Allah melindungi sekalian hambaNya..
harap jgn panik dan sentiasa mengikut arahan yg dikeluarkan…
amy
April 11, 2012 at 11:24 pm
hurmmm . . Risau dan takut laa . . Teringat my mum yg d ipoh . . Hrp smua selamat . . Amin