Kewujudan media sosial menjadi satu platform yang efektif bagi orang ramai untuk berniaga secara online. Namun begitu, ramai yang tidak memiliki modal untuk mengiklankan produk. Antara cara yang paling popular ialah dengan beriklan di Instagram artis-artis popular yang sememangnya ramai pengikut bagi membuat sedikit promosi.
Namun begitu ada selebriti yang tidak senang dengan pengiklanan secara percuma ini dan menganggap peniaga online ‘tidak ikhlas’ dan hanya mengambil kesempatan dari penat lelah selebriti untuk mengumpul ramai pengikut di Instagram. Namun begitu, tidak bagi pelakon Fasha Sandha yang menyatakan secara terbuka bahawa dia tidak ada masalah jika peniaga online mahu mempromosi produk di akaun Instagram miliknya.
Kebanyakan selebriti mengenakan bayaran dan syarat untuk pengiklanan di akaun mereka, namun Fasha bermurah hati tentang ini dan mungkin ini baginya sebagai satu cara untuk membalas jasa pengikut dan peniaga yang sering memberikan produk dan barangan kepada Fasha. Kelasss gitu! Semoga Fasha dan keluarga akan dimurahkan rezeki kerana murah hati membantu pengikut-pengikutnya. Apa pendapat anda?