Seorang wanita bernama Farhah Taharin giat menggunakan portal bilik sewa http://www.ibilik.my untuk menipu orang ramai. Modus operandi wanita ini ialah mengiklankan bilik yang lengkap dengan perabot, selesa dan dengan pelbagai kemudahan pada harga yang agak murah untuk memancing penyewa.
Dia kemudiannya akan memberikan pelbagai alasan supaya mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun bank miliknya. Kemudian, dia menghilangkan diri dan akan menyekat panggilan dari mangsa.
Farhah dipercayai melakukan kerja menipu dengan pasangannya yang dikatakan sebagai suaminya. Status sebenar tidak diketahui. Alamat Farhah yang diketahui ialah 641, Felda Sg Koyan 3, Raub, Pahang. Farhah juga dipercayai berada di Pahang mengiklankan bilik-bilik sewa di negeri lain.
Farhah membuat iklan kononnya ingin menyewakan bilik di pelbagai lokasi seperti Apartment Mawar dan Melur di Sentul, Vista Angkasa di Pantai Dalam, Alpha Villa berdekatan LRT Wangsa Maju, Pulau Pinang dan banyak lagi.
Farhah dikatakan seorang yang bertutur dengan yakin dan tenang menyebabkan mangsanya mudah mempercayainya.
Pasangan Farhah juga akan cuba menjual alatan seks serta promosi alatan seks percuma kepada mangsa. Salah seorang mangsa mengatakan pasangan Farhah cuba meminta gambar payudara mangsa untuk tujuan yang tidak diketahui menggunakan akaun Whatsapp Farhah. Lelaki ini dipercayai menggunakan pelbagai nama, antaranya Mr. Joe dan Amin.
Terdapat sekurang-kurangnya 15 orang mengaku telah ditipu oleh Farhah dan mereka juga telah membuat beberapa laporan polis. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Farhah boleh menghubungi Inspektor Yugesh di 016-6699788.
Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
KONSERT SELASIHKU SAYANGMuzik Tradisional merupakan interpretasi melodi dan lirik penuh cerminan budaya Melayu. Beralun…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 3 September 2015