Memang benar kata orang yang ibu mengandung ini wajahnya akan berseri lain macam sikit. Mungkin kalau diletakkan di tempat gelap, wajah-wajah mereka yang sedang mengandung akan glow in the dark. Kalau korang perasan, gambar terbaru Elyana yang sedang mengandung 3 bulan pun menyerlahkan keseriannya. Comel kan?
Dan seperti ibu-ibu mengandung yang lain, Elyana memang mengambil berat tentang perihal makanan. Satu langkah yang bijak buat Elyana untuk mengambil suplemen-suplemen tambahan. Membuatkan bayi dalam kandungan lebih sihat dan diri sendiri lebih bertenaga. Paling terharu bila suami Elyana pun turut sama join membantu isterinya. Inilah contoh suami mithali.
Bagaimanapun, sekarang ini saya sudah mula amalkan pengambilan suplemen untuk memastikan kandungan saya sihat. Selain kawan-kawan bagi tip, suami saya juga rajin membaca buku tentang penjagaan kesihatan wanita hamil ini. Jadi, dia pun sering galakkan saya supaya mengambil beberapa vitamin untuk kekal bertenaga
Elyana juga masih aktif menyanyi dan membuat persembahan walaupun sedang mengandung. Harap-harap jangan aktif sangat bila kandungan dah makin membesar nanti. Tak sabar rasanya nak tengok baby Elyana. Mesti comel macam maknya. Mari kita sama-sama doakan agar kandungan Elyana sihat sentiasa.
Lagi gambar Elyana yang sedang mengandung 3 bulan dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada portal GUA.
p:’s: Pakai korset untuk kembali Beautiful semasa dalam pantang, klik sini~~