Akhirnya semalam, semasa majlis pelancaran gedung membeli belah Uniqlo di Malaysia, kami telah pun berjaya bertentang mata dengan Diana Danielle. Dari mata turun ke hati, lirikan manja mata Diana Danielle terus membuatkan kami cair di red carpet Uniqlo. Hampir-hampir kami terpaksa diberikan CPR akibat tenungan tajam mata Diana Danielle.
Oh ya, kami percaya di saat anda membaca artikel ini, sudah beribu-ribu orang sedang beratur untuk mencuba nasib memenangi 5 pasang tiket penerbangan percuma ke Tokyo. Kesemuanya bersempena dengan grand opening Uniqlo pada hari ini. Kami tak dapat datang disebabkan kerja yang bertimbun di office. All the best untuk semua yang sedang beratur. Kalau baik hati belikanlah sepasang dua jeans Uniqlo untuk diri ini.
Lagi beberapa keping gambar Diana Danielle di red carpet Uniqlo untuk tatapan mata anda. Maaf kalau kualiti gambar tak berapa elo disebabkan tangan menggeletar semasa mengambil gambar si cantik manis ini. Untuk lebih info tentang Uniqlo, sila klik sini.