(GAMBAR)Di Sebalik Imej ‘Lelaki Yang Sedang Jatuh’ Semasa 9/11

Trending

(GAMBAR)Di Sebalik Imej ‘Lelaki Yang Sedang Jatuh’ Semasa 9/11

Ia ialah salah satu imej paling mendebarkan daripada kejadian serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001. Berlatar belakangkan besi dan kaca bangunan itu, seorang lelaki jatuh dengan kepala ke bawah, 1,300 kaki ke atas jalan.

Gambar-gambar Menara Berkembar diselubungi asap tebal dan api marak: satu imej yang mengesankan, tetapi imej lelaki ini beberapa saat sebelum kematiannya yang memberikan nilai kemanusiaan pada hari yang dianggap paling hitam dalam sejarah bandar raya New York.

Advertisement

Selama lima tahun, identiti lelaki dalam gambar terkenal tersebut diselubungi misteri, sehinggalah tahun 2006. Lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Jonathan Briley, 43 tahun yang bekerja di sebuah restoran di puncak menara sebelah utara.

Tahun-tahun sebelum itu, ahli keluarganya menyangka Jonathan terbunuh semasa berada di dalam menara. Namun apabila mengetahui yang Jonathan telah terjun, mereka tidak dapat menerimanya.

Bapanya, Alexander, seorang pembaptis masih tidak boleh menerima cara kematian anaknya. “Saya tak dapat bercakap mengenainya. Kerja saya memberitahu orang ramai yang mereka patut teruskan kehidupan seperti biasa selepas berlaku tragedi, tapi untuk diri saya, saya tak mampu berbuat begitu.”
Kakak Jonathan, Gwendolyn berkata: “semasa saya pertama kali melihat gambar itu, saya lihat lelaki itu tinggi dan kurus. Saya rasa bukan, tapi itu mungkin Jonathan.”

“Saya tidak menyangka yang ‘Lelaki Yang Sedang Jatuh” memang benar-benar Jonathan. Saya Cuma fikir yang lelaki itu membuat keputusan untuk mengakhiri hidupnya dalam masa sesaat.”

“Adakah lelaki itu mempunyai kepercayaan yang begitu tinggi , yang Tuhan akan menyambutnya, ataupun dia cuma takut untuk mengalami penghujung hayatnya?

Pada hari kematiannya, Jonathan mengucup isterinya Hillary, mengucapkan selamat tinggal sebelum memandu sejauh 20 batu dari rumahnya di Gunung Vernon ke Manhattan di mana dia bekerja di Restoran Windows On The World sebagai seorang jurutera bunyi.

Pagi itu, restoran tersebut sedang menghidangkan sarapan untuk 16 anggota Waters Financial Technology Congress dan 71 orang tetamu yang lain.

Pada pukul 8.45 pagi, kurang dari sejam selepas Jonathan tiba di tempat kerja, Penerbangan 11 America Airlines secara tiba-tiba menghentam menara utara.

Impaknya ialah kepada tingkat 93 hingga 99, meragut ratusan nyawa dan dengan serta merta dan mencipta api marak dengan suhu 1,000C akibat minyak kapal terbang.

Suasana amat panas sehinggakan mereka yang berada di lobi turut terbakar kulit apabila api seperti ditembak ke bawah melalui ruangan lif.

Tetapi yang paling malang ialah 1,000 orang yang terperangkap dari tingkat 100 hingga 107. Lif telah musnah manakala tangga pula dihalang oleh runtuhan, api dan asap tebal, tiada jalan keluar untuk mereka.

Dengan udara yang dicemari asap tebal dan pernafasan yang semakin terganggu, staf dan pelawat restoran yang terdesak mula memecahkan tingkap. Dan mungkin pada masa itu, Jonathan yang mengidap asma mengambil keputusan untuk terjun. Mungkin pada masa itu dia hanya memikirkan untuk melepaskan diri daripada kepanasan dan dapat menghirup udara segar lagi sekali…

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

8 Comments

  1. ayu

    September 12, 2012 at 12:11 pm

    mcm tampal je gmbr tu…baju xturun bawah pun….

    • serenity

      September 12, 2012 at 12:22 pm

      Kelajuan jatuh itu ialah 250km/jam. Angin bergerak ke atas jadi baju itu tidak jatuh ke bawah.

    • Apa la ko ni

      September 12, 2012 at 12:31 pm

      hehe…….ayu. Lucu pula aku baca komen ko. Terima kasih kerana mengukir senyuman di wajahku. Haha.

  2. yaya

    September 12, 2012 at 10:55 am

    dh mmg depa rancang mcm tu…
    klu org yahudi x mati, maka x rela la lakonan depa…
    kan depa kata org Islam yg buat…
    itu pun x tau ka…
    klu org Islam je yg mati, nmpk sgtla lakonan x b’kesan…
    x pernah tgok ke mcm mn org b’lakon…

  3. Anonymous

    September 12, 2012 at 10:54 am

    yahudi punye planning ni.3 ribu yahudi cuti bekeje pade hari kejadian.al qaeda tak wujud.osama pun tak wujud.kambing hitam saje yg wujud.puiihh!

  4. hafizrahim

    September 12, 2012 at 9:57 am

    propa yahudi semua ni untuk minta belas kasihan orang ramai sedangkan umat islam dibunuh kejam disesetengah negara.

    • serenity

      September 12, 2012 at 10:01 am

      Lebih kurang 324 orang Yahudi juga terbunuh dalam kejadian tersebut. Berhati-hati dalam memberi komen. Fitnah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

    • milah

      September 12, 2012 at 10:09 am

      ye betul tu saya setuju. jangan suka menunding tanpa ada kesahihan..