Islam tidak mengajar begini ya adik-adik. Kalau begini, Zionis tengok hanya akan tepuk tangan.
Hendak buat apa pun, kena bersederhana. Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli dari Universiti Islam Antarabangsa:
Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
Jadi, jangan memaksa orang lain untuk mengikut kepercayaan anda. Apa yang menjadikan kita lebih baik bukanlah kepercayaan kita, tetapi kelakuan kita.