Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki menyebabkan panik di jalanan Baruipur, timur India, kerana penduduk tempatan mempercayai dia ialah kelahiran semula dewa.
Anak itu yang dipanggil Budak Dewa, kerana dewa hindu ketahui memiliki banyak tangan dan kaki, dan orang ramai sanggup mengembara dari jauh untuk melihat bayi itu.
Polis tempatan mengadu mereka mengalami masalah untuk mengawal orang ramai, kerana ratusan orang menjerit di jalanan serta menimbulkan huru-hara untuk mendapatkan kebenaran masuk ke hospital.
Namun budak itu sebenarnya memiliki tangan dan kaki lebihan kerana ia baki tumbesaran kembar siam yang tidak sempurna.
Keluarga bayi itu gembira dengan kelahirannya dan melihat bayi itu sebagai anak lelaki dewa Hindu Brahma, yang memiliki lapan kaki dan tangan. Seorang saudara bayi itu berkata:
Bila dia lahir saya hampir tak percaya. Jururawat kata dia cacat tetapi saya rasa ini petunjuk dari dewa.
Malah ini sebenarnya satu keajaiban, ini anak dewa. Dewa India ada lebih kaki dan tangan seperti ini.
Seorang jurucakap polis berkata:
Bayi ini sebenarnya cacat dan keadaannya tragik, tak ada apa-apa yang ‘dewa’ dengannya.
Tapi orang ramai bagai dah gila dan menimbulkan huru-hara untuk melihat bayi ini.
Ratusan menangis di jalanan, ratusan yang lain berdoa dan berkumpul di sini,
Ada yang panik dan mempercayai ini tanda dunia nak kiamat. Dalam kerjaya saya, tak pernah lihat sesuatu yang mengarut seperti ini.
Laporan asal: Dailymail UK