Kecomelan bayi Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rhana tidak dapat dinafikan lagi. Bukan saja Aaisyah mendapat perhatian di laman sosial Malaysia, malah di laman sosial negara seberang. Namun begitu, perhatian yang diterima bukan dalam bentuk yang sepatutnya.
Kami menerima tip yang gambar Aaisyah tersebar di kalangan pengguna laman sosial Indonesia. Kononnya Aaisyah ditinggalkan kedua ibu bapanya dan dirawat di salah sebuah pusat perubatan di negara itu.
Inilah bahana penyalahgunaan media sosial apabila ramai mereka-reka cerita palsu dan kemudian ramai lagi yang menyebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita itu.
Perkara ini diperhatikan turut berlaku semasa kejadian banjir sangat serius tempoh hari sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terpaksa mengambil tindakan.
Buat pengguna laman sosial di luar sana, pesan kami agar menjadi penguna yang bertanggungjawab. Kasihan anak artis dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua ibu bapanya menjadi mangsa berita palsu yang tiada asas.
Sementara itu, jom kita tatap wajah comel terbaru Aaisyah Dhia Rana untuk ketenangan di pagi hari.