(GAMBAR)Bawang Terbesar Di Dunia Seberat 8.5 Kilogram

Trending

(GAMBAR)Bawang Terbesar Di Dunia Seberat 8.5 Kilogram

Kalau memotong bawang biasa pun boleh membuatkan anda mengalirkan air mata, bayangkan memotong dan mengupas bawang terbesar di dunia, mungkin sebaldi air mata yang mengalir.

ad_146226840

Advertisement

Bawang gergasi ini ditanam oleh Tony Glover, 49, dari Leicestershire, England dan beratnya ialah 8.5 kg. Bawang ini kini memegang rekod Guiness untuk rekod bawang terbesar di dunia. Kata Tony:

Saya berikan ia baja kaya nitrogen dan pastikan kelembapan tanah cukup sesuai.

Saya tanam bawang ini dalam rumah hijau, lengkap dengan lampu untuk meniru fungsi cahaya matahari apabila waktu siang lebih pendek atau waktu cuaca tidak mengizinkan.

Khabarnya, dia mengambil masa setahun untuk menunggu buah tersebut membesar kepada saiznya, tetapi Tony minat lakukan apa yang telah dilakukannya.

Saya tanam sayur sejak berusia 16 tahun. Masa tu kalau dapat tanam bawang seberat 2 kg pun saya dah rasa gembira, apa lagi dengan rekod terbaru ini.

Sumber: Business Standard

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...