Axolotl (Ambystoma mexicanum) ialah sejenis salamander yang boleh hidup dalam bentuk larva. Seekor haiwan unik yang kadangkala dirujuk sebagai Mexican Walking Fish (Ikan Berjalan Mexico) kerana ia kelihatan seperti seekor ikan yang mempunyai tangan dan kaki. Begitu pun, Axolotl sebenarnya bukan sejenis ikan, tetapi sejenis salamander yang jarang dijumpai di Mexico City.
Panjang Axolotl boleh mencecah 30 cm, tapi saiz purata haiwan ini ialah 15 cm. warna badan mereka hitam atau coklat perang tetapi kebanyakan haiwan ini ialah albino dengan warna merah jambu comel. Haiwan ini memiliki insang di luar badan. .Insang-insang ini terletak di tepi kepalanya dan kelihatan seperti tanduk.
Axolotl ialah seperti cicak-cicak yang mempunyai hayat yang lama, sehingga 10-15 tahun dan boleh membesar sehingga sepanjang 60cm. Pernah sekali seekor Axolotl ditangkap di Mexico dengan kepanjangan mencecah 1.4 meter. Penemuan tersebut ialah sesuatu yang mengejutkan tetapi setelah dikaji, pakar berpendapat yang ia ialah kes terpencil kerana keluarbiasaan yang jarang berlaku (gigantism).