Andean Cock of the Rock, ialah burung yang berasal dari Amerika Selatan, dan merupakan burung kebangsaan negara Peru.
Mereka sering ditemui di hutan hujan tropika berdekatan dengan kawasan berbatu-batan, dimana mereka membuat sarang.
Burung jantan spesis ini cantik sekali kerana bulu yang oren atau merah terang, dan bulu pelepah di bahagian sayap berwarna hitam dan kelabu. Yang betina pula kebanyakan berwarna coklat. Mereka ialah haiwan yang sangat berhati-hati dan makan buah atau beri sahaja.