Seorang ahli perniagaan India membelanjakan hampir RM 699, 500 untuk satu kemeja yang dibuat dari emas 18-22 karat bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke 45.
Tetapi mungkin, melihat hasilnya, dia patut mendapatkan bayaran itu kembali.
Kemeja itu milik Pankaj Parakh, yang memiliki syarikat tekstil bernilai jutaan ringgit di Mumbai. Baju itu mempunyai berat 4kg namun masih ‘selesa dan fleksibel’, seperti diberitahu akhbar Times of India.
Sekumpulan 20 orang penjahit dikatakan telah menghabiskan masa selama 3, 200 jam untuk menghasilkan kemeja itu yang mungkin tidak memenuhi citarasa semua (sesiapa?). Mr Parakh mengakui:
Saya sejak berusia lima tahun dan masih bersekolah telah mengagumi emas. Ia metal diraja.
Semasa upacara perkahwinan saya 23 tahun lalu, tetamu anggap saya memalukan kerana memakai lebih emas dari pengantin perempuan.
Kemeja itu diberi jaminan seumur hidup. Jika koyak atau rosak, ia boleh dibaiki atau diubahsuai, dan ia boleh dibasuh.
Mr Parakh juga dikatakan seorang penyokong usaha sosial dan pendidikan di Mumbai, serta telah membiayai 120 pembedahan polio sejak lima tahun yang lepas di Hospital Narayan Seva Sansthan, di Udaipur, Rajasthan.
Dia merancang untuk muncul di majlis mewah sambutan harijadinya dengan memakai kemeja itu.