Kalau popular, terutamanya jika anda sangat popular seperti Aaron Aziz, ada pihak yang akan cenderung mengambil kesempatan. Dalam hal in, Harian Metro beberapa hari lepas melaporkan, ada pihak yang tidak dikenali mengaku sebagai pembantu peribadi Aaron mengambil kesempatan menggunakan nama Aaron untuk menjual 50 unit iPad dengan harga yang murah. Aaron lantas tampil menafikan yang dia diwakili sesiapa untuk menjual iPad murah itu. Nasib baik juga perkara ini dapat dikesan, jika tidak tak fasal-fasal nanti ada yang tertipu.
Dalam entri ini ditampilkan beberapa gambar dari Twitter Aaron Aziz, termasuk yang terbaru, dia telah berposing atas katil (bersama anak-anak) sambil menayangkan otot lengannya yang semakin kekar. Hebat juga, Aaron nampak sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti kerjaya tetapi masih ada masa ke gymnasium untuk membina badan. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.