Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(GAMBAR)Aaron Aziz Dan Isteri Raikan Cinta Di Kota Paris, Treler Prince Of The City

Memang diketahui ramai yang family man Aaron Aziz digilai ramai wanita, tetapi nampaknya dia tetap setia pada yang satu. Ramai  yang bertanya sama ada Diyana Halik, isteri beliau merangkap pengurus kariernya berasa cemburu kerana Aaron berlakon dengan wanita-wanita lain, tetapi kami pernah membaca yang Diyana berkata dia tidak cemburu. Sukar untuk dipercayai?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana jika kita berasa secure dengan perhubungan dengan pasangan, tidak ada apa yang perlu diragukan lagi. Menyemak e-mel kami, ada pula insan yang mahu nama dirahsiakan menghantar gambar Aaron dan Diyana sedang berkucup di hadapan Menara Eiffel di Paris. Ya, kami tahu gambar ini sudah ada di blog-blog lain, tetapi rasanya gambar yang kami paparkan ini beresolusi tinggi:

Advertisement


Adakah gadis-gadis yang terluka hatinya melihatkan gambar ini?

Takpalah, kata orang kumbang bukan seekor. Dalam dunia ini katanya ada 7 orang berwajah serupa, jadi usaha lebih lagi, mana tahu ‘Aaron Aziz’ yang lagi 6 itu ditakdirkan untuk anda. Har har har. Apa pun, kami diberitakan yang treler untuk filem berbahasa Inggeris Prince of the City lakonan Aaron Aziz telah dilancarkan. Tonton di sini:

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

100 Comments

  1. aar15

    January 5, 2012 at 8:54 am

    mne gmbr nye wei….nk tgk kot….xkn dh buang….aduh…peminat setia ni….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top