November 20th, 2012

Di kala Yuna bangkit daripada tempat duduknya untuk menerima trofi kemenangan Video Klip Terbaik AIM19, mata Abang Nara terus terpaku melihat kecantikan baju yang dipakainya. Berkelip-kelip seperti ribuan bintang di langit. Cantik sangat!!!

yuna di aim19

Rupa-rupanya baju yang dipakai oleh Yuna ketika AIM19 direka oleh Hatta Dolmat. Patutlah marvelous dan awesome. Sememangnya Hatta Dolmat sentiasa penuh dengan idea-idea yang menarik. Daripada info yang Abang Nara dapat, ini adalah kali pertama Hatta Dolmat bekerjasama dengan Yuna.

yuna di aim19

Semoga selepas ini akan ada lebih banyak kerjasama antara Yuna dan Hatta Dolmat. Kalau boleh ketika Anugerah Juara Lagu final nanti. Confirm kebabom meletup-letup. Lagi 5 keping gambar Yuna di AIM19 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Ring of Life, monumen hebat di China

yuna di aim19
yuna di aim19
yuna di aim19
yuna di aim19
yuna di aim19


93 responses to “(7 GAMBAR)Yunalis Zarai Bergaya Dengan Baju Rekaan Hatta Dolmat Di AIM19”

  1. Anonymous says:

    Tak fikir Siti Nur Halizah pulak? Ingat tak dulu selepas dia balik haji, pakai tudung, tu pun sekejap je. Lepas tu pakai ‘tudung siti’ sampai nampak jambul. And sekarang pakai turban yang nampak jambul, tengkok,leher. Baju pun ketat. Tapi kenapa nak kena komen Yuna jugak? Tak faham lah aku.

  2. Anonymous says:

    Yes, saya memang setuju baju Yuna ni ketat mendat tak sesuai dengan feseyen muslimah. But, guess what? Dia berani pergi ke oversea untuk bekerja dalam keadaan ‘berturban’ dia bukannya selalu berturban, kadang kadang dia pakai jugak selendang pergi kerja. Kita janganlah nak mengaibkan orang sangat. Bab lagu famous kat US yang tak famous kat Malaysia, dia tak boleh nak jual lagi album dia kat sini. Ada lah sebab kenapa. But, korang boleh dengar lagu lagu dia kat youtube. Seriously, sekarang ni nama Yuna macam agak gempak jugak lah kat US sana tu sebab suara dia. Korang tak leh lah cakap suara dia macam katak. Suara katak ni jugaklah nanti akan bawa satu award from US. Time tu barulah terhegeh hegeh nak cakap Yuna punya suara tip top lah apa lah, macam Shila dulu, suara dia orang dok cakap macam katak lah apa lah, at last dia dapat Asian Wave orang dok terhegeh kar dia. Time tu lah nak vote dia apa semua, sebelum ni?

  3. amira says:

    gambar yg yuna kene interbiu tu dah macam alien…huhu..

Loading...