Di kala Yuna bangkit daripada tempat duduknya untuk menerima trofi kemenangan Video Klip Terbaik AIM19, mata Abang Nara terus terpaku melihat kecantikan baju yang dipakainya. Berkelip-kelip seperti ribuan bintang di langit. Cantik sangat!!!
Rupa-rupanya baju yang dipakai oleh Yuna ketika AIM19 direka oleh Hatta Dolmat. Patutlah marvelous dan awesome. Sememangnya Hatta Dolmat sentiasa penuh dengan idea-idea yang menarik. Daripada info yang Abang Nara dapat, ini adalah kali pertama Hatta Dolmat bekerjasama dengan Yuna.
Semoga selepas ini akan ada lebih banyak kerjasama antara Yuna dan Hatta Dolmat. Kalau boleh ketika Anugerah Juara Lagu final nanti. Confirm kebabom meletup-letup. Lagi 5 keping gambar Yuna di AIM19 dengan membaca entri ini sepenuhnya.
P.S: Ring of Life, monumen hebat di China