Gambar & Video Anda Lebih Awesome Dengan Foream X1

Hiburan

Gambar & Video Anda Lebih Awesome Dengan Foream X1

Abang Nara bukanlah seorang yang suka sangat ‘review’ gadjet seperti kamera, smartphone ataupun laptop. Semuanya sama sahaja di mata Abang Nara. Setakat ke saat ini, tak banyak gadjet yang betul-betul berjaya mencambahkan minat untuk menulis ‘review’ buat perkongsian dengan pembaca BeautifulNara. Namun keunikan sebuah kamera yang dikenali dengan nama Foream X1 berjaya memujuk hati ini. Rasa rugi kalau tak kongsikan informasi tentang gadjet yang amat awesome ini.

foream x1

nampak futuristik kan?

Foream X1 adalah sebuah kamera sukan (tapi boleh juga kalau nak guna untuk aktiviti bukan sukan) yang berasal dari China. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak pakai benda nie kan? Ini jawapannya.

Advertisement
foream

ada gaya Tony Stark tak?

Yes!!! Tepat sekali. Foream X1 ini dipakai di bahagian kepala anda untuk merakamkan segala aktiviti yang anda lakukan sama ada dalam bentuk video, gambar atau timelapse. Serius Abang Nara rasa macam Iron Man apabila mengenakan Foream X1 ini. Rekaannya yang super smart, cool dan futuristik membuatkan Abang Nara tampak lebih bergaya. Yang penting, tak menimbulkan rasa pelik kepada orang ramai. Nampak lagi macho adalah.
foream x1

Smart gila kan kotak Foream ini? Bila korang bukak, lagilah banyak aksesori yang best-best untuk melengkapkan lagi pengalaman menggunakan Foream. Selain daripada kamera Foream, ada wayar USB untuk charging, ada getah untuk lekatkan kamera pada kepala anda, ada user manual yang amat mudah difahami dan ada beg untuk memudahkan anda bawa Foream ke mana-mana. Untuk makluman, kad mikro SD tidak disediakan. Kena beli asing. Tapi Foream boleh menggunakan kad mikro SD sehingga 32GB.

foream x1

Selepas membaca manual selama 2 minit setengah, Abang Nara pun cubalah menggunakan Foream X1 ini. Mudah sangat-sangat. Ada beberapa butang yang perlu dihafal seperti butang on/off. Butang record untuk ambil video atau gambar dan juga butang wifi untuk menghubungkan Foream X1 dengan smartphone.

foream x1

button-button, tempat cucuk charger dan slot kad mikro SD

Selaku seorang ayah yang duduk di rumah, sudah pasti Abang Nara akan gunakan Foream X1 untuk merakamkan detik-detik bersama anak-anak tercinta. Hehehe. Puas hati dapat rakam gambar dan video aksi mereka. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa contoh gambar dan video. Sorrylah rumah serabut sikit. Biasalah anak tengah lasak. Lagi satu ini percubaan pertama Abang Nara guna Foream. Jadi sudutnya masih agak tidak tepat.

foream x1

Arissa dan pam ajaib

foream x1

Aariz dan kereta kegemaran

foream x1

close up sikit Arissa

foream x1

Arissa pakai sarung tangan tolak strollernya

Yang ini pulak video dari Foream X1:-

Cool kan? Lagi cool kalau anda seorang yang adventurous dan suka melakukan aktiviti lasak di luar rumah. Bayangkan pergi wall climbing bersama Foream X1. Serius sempoi dapat rakam detik anda memanjat satu demi satu halangan. Itu belum kira yang jenis suka naik basikal menjelajah. Dapatlah tangkap gambar pemandangan sepanjang perjalanan anda. Lagi best bila bercuti ke pulau-pulau. Dapat rakam gambar dan video berkualiti tinggi dengan menggunakan Foream X1. Tak perlu bawak kamera bagak besar dah. Foream X1 sahaja dah cukup.

foream x1

pandangan Foream X1 dari semua sudut

Dengan harganya yang sangat berbaloi (RM499 sahaja) dan juga pelbagai pilihan warna, Foream X1 ini memang sedang hangat di pasaran. Ramai yang telah menggunakan Foream X1 sebagai alternatif kepada kamera yang sedia ada. Abang Nara percaya tak lama lagi confirm bila pergi KLCC akan ada ternampak 5,6 orang beraksi dengan kamera ini. Untuk makluman, Foream X1 juga memiliki ketahanan terhadap air. Tapi tak bolehlah bawak pergi berendam dalam laut. Setakat kena percikan air tue no problem je.

foream x1

untuk awek ada warna pink, sesuai sangat-sangat

Abang Nara amat berpuas hati dengan kualiti gambar dan video Foream X1 serta kesenangan menggunakannya. Lepas ini kalau pergi ke mana-mana, confirm akan bawak gadjet ini bersama-sama. Ingat hujung minggu nie nak try main takraw sambil rakamkan aksi melibas dengan Foream X1. Nanti Abang Nara sharekan videonya untuk anda. Banyak lagi nak kena explore nie. Buat masa ini, kalau berminat bolehlah layari www.foream.my. Selamat mencuba!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...