Abang Nara bukanlah seorang yang suka sangat ‘review’ gadjet seperti kamera, smartphone ataupun laptop. Semuanya sama sahaja di mata Abang Nara. Setakat ke saat ini, tak banyak gadjet yang betul-betul berjaya mencambahkan minat untuk menulis ‘review’ buat perkongsian dengan pembaca BeautifulNara. Namun keunikan sebuah kamera yang dikenali dengan nama Foream X1 berjaya memujuk hati ini. Rasa rugi kalau tak kongsikan informasi tentang gadjet yang amat awesome ini.
Foream X1 adalah sebuah kamera sukan (tapi boleh juga kalau nak guna untuk aktiviti bukan sukan) yang berasal dari China. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak pakai benda nie kan? Ini jawapannya.
Yes!!! Tepat sekali. Foream X1 ini dipakai di bahagian kepala anda untuk merakamkan segala aktiviti yang anda lakukan sama ada dalam bentuk video, gambar atau timelapse. Serius Abang Nara rasa macam Iron Man apabila mengenakan Foream X1 ini. Rekaannya yang super smart, cool dan futuristik membuatkan Abang Nara tampak lebih bergaya. Yang penting, tak menimbulkan rasa pelik kepada orang ramai. Nampak lagi macho adalah.
Smart gila kan kotak Foream ini? Bila korang bukak, lagilah banyak aksesori yang best-best untuk melengkapkan lagi pengalaman menggunakan Foream. Selain daripada kamera Foream, ada wayar USB untuk charging, ada getah untuk lekatkan kamera pada kepala anda, ada user manual yang amat mudah difahami dan ada beg untuk memudahkan anda bawa Foream ke mana-mana. Untuk makluman, kad mikro SD tidak disediakan. Kena beli asing. Tapi Foream boleh menggunakan kad mikro SD sehingga 32GB.
Selepas membaca manual selama 2 minit setengah, Abang Nara pun cubalah menggunakan Foream X1 ini. Mudah sangat-sangat. Ada beberapa butang yang perlu dihafal seperti butang on/off. Butang record untuk ambil video atau gambar dan juga butang wifi untuk menghubungkan Foream X1 dengan smartphone.
Selaku seorang ayah yang duduk di rumah, sudah pasti Abang Nara akan gunakan Foream X1 untuk merakamkan detik-detik bersama anak-anak tercinta. Hehehe. Puas hati dapat rakam gambar dan video aksi mereka. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa contoh gambar dan video. Sorrylah rumah serabut sikit. Biasalah anak tengah lasak. Lagi satu ini percubaan pertama Abang Nara guna Foream. Jadi sudutnya masih agak tidak tepat.
Yang ini pulak video dari Foream X1:-
Dengan harganya yang sangat berbaloi (RM499 sahaja) dan juga pelbagai pilihan warna, Foream X1 ini memang sedang hangat di pasaran. Ramai yang telah menggunakan Foream X1 sebagai alternatif kepada kamera yang sedia ada. Abang Nara percaya tak lama lagi confirm bila pergi KLCC akan ada ternampak 5,6 orang beraksi dengan kamera ini. Untuk makluman, Foream X1 juga memiliki ketahanan terhadap air. Tapi tak bolehlah bawak pergi berendam dalam laut. Setakat kena percikan air tue no problem je.
Abang Nara amat berpuas hati dengan kualiti gambar dan video Foream X1 serta kesenangan menggunakannya. Lepas ini kalau pergi ke mana-mana, confirm akan bawak gadjet ini bersama-sama. Ingat hujung minggu nie nak try main takraw sambil rakamkan aksi melibas dengan Foream X1. Nanti Abang Nara sharekan videonya untuk anda. Banyak lagi nak kena explore nie. Buat masa ini, kalau berminat bolehlah layari www.foream.my. Selamat mencuba!!