December 9th, 2014

Rasanya tidak lama dahulu Pian Cecupak sudah pernah melahirkan rasa keinsafannya kerana melakukan perubahan terhadap wajahnya.  Malah Pian sendiri sudah pun membuang colagen yang pernah disuntiknya satu ketika dahulu. Tindakan tersebut amat bagus dan terpuji. Namun sebentar tadi menerusi Facebook Media Hiburan, gambar terbaru pelawak ini telah pun menjadi perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dengan penampilan terbaru Pian Cecupak.

pian cecupak

Abang Nara mati-mati ingat Pian Cecupak yang sebelah kiri (lelaki hensem tersebut). Rupa-rupanya yang belah kanan. Tidak diketahui apa motif Pian memakai baju perempuan dan membuat solekan seperti kaum Hawa. Kemungkinan besar ada majlis yang dihadiri. Mungkin Pian menjadi MC untuk majlis tersebut. Namun ternyata penampilan tersebut membuatkan orang ramai bercakap mengenai Pian. Antara komen-komen yang menarik ialah:-

pian cecupak

Abang Nara sebenarnya paling anti dengan lelaki yang cuba menyerupai perempuan. Tak sesuai sangat-sangat di mata Abang Nara. Tak kiralah pelakon ke, pelawak ke, orang biasa ke. Negara kita ini dahlah baru-baru ini ada kes mengenai transgender ini. Kang tak pasal-pasal makin ramai kelompok ini yang semakin berani selepas ini. Banyak lagi cara lain untuk menghiburkan orang ramai. Rasanya tak perlu nak berpakaian sebegini. Tak gitu? Apa pendapat anda?

pian cecupak

P.S: Jangan lupa untuk dapatkan peralatan sekolah buat anak anda di www.familynara.com. Ada diskaun dan penghantaran percuma lagi. Jangan lupa untuk gunakan kod diskaun yang Abang Nara beri di artikel ini untuk jimatkan lagi perbelanjaan anda. Selamat membeli.


Comments are closed.

Loading...