Written by AbangNara | July 4th, 2018

Bila lepak dengan kawan-kawan, ramai yang suka tayang handphone. Lagilah bila jumpa yang suka berselfie, bukan main lagi dengan macam-macam gaya.

image

Tak dinafikan dengan kecanggihan telefon pintar hari ni, pelbagai fungsi boleh guna. Lebih-lebih lagi bila ada teknologi yang superb untuk yang suka berswafoto. Makin syoklah guna!

Sejujurnya, bukan semua handphone ada teknologi khas untuk yang gemar ambil gambar swafoto. Kalau ada, memang tidak akan dilepaskan. Wajib sambar satu!

Kami cari punya cari, jumpa handphone Huawei Nova 3e. Telefon pintar yang sesuai untuk penggemar swafoto dan betul betul bernilai dengan harganya.

image

Nak buat keputusan membeli Huawei Nova 3e ini bukannya mudah. Kami pun buat perbandingan dengan handphone yang lain. Memang Huawei Nova 3e jauh lebih baik, jauh lebih berkualiti dan jauh lebih berbaloi-baloi setanding harga yang ditawarkan.

Siri baharu Huawei Nova 3e kali ini membawa teknologi canggih pada harga yang berpatutan. Antara yang menjadi tumpuan kami sudah pasti tentang paparan FullView, kamera dwi, hayat bateri yang baik dan perisian yang disempurnakan dengan kemas kini berterusan yang merangkumi ciri-ciri baru.

image

image

image

image

Meh sini kami kongsi kelebihan Huawei Nova 3e yang ditemui sepanjang kajian yang telah dilakukan:-

Teknologi “Light Fusion”

image

Sesuatu yang menarik apabila Huawei menerapkan kecanggihan Light Fusion pada Huawei Nova 3e ini. Teknologi Light Fusion adalah gabungan 4 dalam 1 ketika berada di persekitaran cahaya rendah. Selain itu, ia mempunyai sensor pengesanan 3 kali lebih besar untuk dapatkan lebih banyak cahaya ketika berswafoto.

image

Ketika dalam keadaan pencahayaan biasa, kamera akan menyesuaikan piksel ke arah resolusi yang lebih baik. Ia akan mengambil gambar secara lancar dan ‘sharp’. Anda pasti tidak akan menyesal menggunakan Nova 3e.

image

Selain itu, Nova 3e dilengkapi “Flash LCD” yang mempunyai spektrum 11 suhu warna. Membantu memberi kualiti pencahayaan yang berlainan secara automatik ketika berswafoto walaupun berada dalam cahaya yang rendah.

Kualiti kamera yang mengagumkan

Untuk penggemar berswafoto, aspek paling penting yang lebih dinilai adalah dari segi kualiti kamera pada Nova 3e ini. Siapa tak nak dapat gambar yang betul-betul ‘clear’ dan cantik.

image

diambil dengan Huawei Nova 3e source – https://www.vmall.my/huawei-nova-3e

Kamera dengan fungsi dwi di bahagian belakang adalah gabungan kamera utama 16 megapiksel dengan saiz pixel 1.0 dan F2.0 aperture, untuk menangkap jumlah cahaya yang besar.

image

Kesan bokeh pada Nova 3e ini tak kurang hebat, dengan sebesar 2 megapixel, kebolehannya mengambil gambar tak dapat disangkal.

Ternyata hampir sama kualitinya dengan kamera dslr yang sebenar. Tak kira berswafoto dalam keadaan gelap atau terang, itu semua bukan jadi masalah lagi.

Dikuasakan dengan processor Kirin 659

Tersekat-sekat ketika bersosial media adalah satu mimpi ngeri. Kini tidak lagi dengan menggunakan Huawei Nova 3e. Ini kerana Nova 3e ini dijana dengan cip pemprosesan Kirin 659 yang berkelajuan Octa Core, 4x A53 2.36GHZ + 4x A53 1.7GHz. Setakat nak layan YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter serentak memang tak ada masalah langsung.

Storan 4GB RAM dan 128 Memory

Kualiti gambar yang ditangkap dah lawa tapi kalau storan phone kecil pun tak berguna. Memang mengecewakan tak cukup besar. Nak selfie pun macam nak tak nak je sebab tak boleh simpan banyak gambar. Tapi dengan Huawei Nova 3e ini, bukan setakat kamera 16 megapiksel je power untuk memastikan gambar yang diambil berkualiti tinggi. Storan yang ditawarkan pun sebanyak 128GB selain boleh gunakan SD card. Memang tak akan habis memori punyalah. Ambillah gambar banyak mana pun yang korang nak sampai puas hati.

image

Paparan skrin 1080 x 2160 (FULL HD)

image

Satu kelebihan Huawei Nova 3e yang amat jelas serta ketara ialah paparan skrin yang super duper awesome. Dengan skrin bersaiz 5.84 inci dan resolusi sebanyak 1080 x 2160 piksel. Memang puas hati sangat-sangat bila digunakan untuk tengok movie, layan YouTube dan main game. Feelnya sangat lain macam.

Pengaktifan antaramuka menggunakan “Face Unlock”

Kecanggihan teknologi sekarang semakin dasyat. Fungsi keselamatan sebagai pemilik handphone sentiasa ditambah baik. Termasuklah sistem keselamatan pengguna yang ada pada Huawei Nova 3e ni.

image

Mengekalkan fungsi “face unlock” untuk mempertingkat keselamatan membuka peranti. Tak perlu berbelanja mahal untuk dapatkan “buah kena gigit”, masih boleh dapat manfaat “face unlock” yang cukup selamat dari Nova 3e.

Untuk membuka paparan utama, hanya perlu dalam kurang dari 800 milisaat, dengan sekilas pada skrin. Jangan risau kalau anda nak tidur, ia tetap selamat kerana memerlukan mata yang terbuka untuk membuka paparan skrin.

image

Nova 3e Versi Warna Pink Gold Telah Dilancarkan Pada 2 Julai Lalu.

image

Amacam? Macam seronok je kan. Mungkin boleh jadi kejutan untuk anda yang menggemari warna lain dari yang lain. Mana tahu anda bernasib baik untuk memilikinya. Kami difahamkan, Nova 3e versi pink gold ini telah tiba di Malaysia pada 2 Julai lalu, memang menarik warna ini, cukup sesuai untuk dijadikan hadiah juga!

image

image

Setelah kami terangkan secara terperinci mengenai handphone Huawei Nova 3e yang canggih ni, pasti anda sendiri tak sangka dengan harga yang ditawarkan. Ianya serendah RM1320 sahaja untuk memilikinya. Cukup berbaloi dengan fungsi awesome pada handphone Nova 3e.

image

image

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan segera handphone Huawei Nova 3e ini di cawangan Huawei berdekatan anda atau beli secara online di laman web www.vmall.my. Selamat membeli dan selamat merasai kehebatan Huawei Nova 3e.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to Gambar swafoto lebih menarik dengan menggunakan teknologi Light Fusion dari Huawei Nova 3e ini. Hebatnya!

  1. kominam says:

    Murung tengok gambar Nara dengan mamat siapa tu berselfie sambil ada telinga pink bagai. Muntah hijau!!!

    1

    0
  2. Anonymous says:

    yuckk nara acah rabbit tak sesuai la! laki sblh tu hensem…mak nak nok!garilah daku penjaralah daku dalam hatimu!

    1

    0
  3. jongos says:

    menarik henfon ni…

    sayang..batery 3000 mAh jer.. tak sampai 3 jam batery dah kiok

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Nara suka menghina diri sendiri…

    0

    0
  5. BryceBiggie says:

    Hello webmaster, i’ve been reading your posts for some time and I really like coming back here.
    I can see that you probably don’t make money on your website.
    I know one interesting method of earning money, I think you will like it.
    Search google for: dracko’s tricks

    0

    0

Leave a Comment

Optional